Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Bisnes Online Tanpa Modal

Adakah 2020 membuat anda nekad mencari peluang untuk buat bisnes online tanpa modal?

Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar ini, ramai yang mula nak buat bisnes online tanpa modal secara part time sebagai sumber pendapatan tambahan.

Dan sudah pasti ramai yang memilih untuk bermula bisnes secara online kerana kos ataupun modal yang diperlukan sangat rendah atau pun tanpa modal.

Paling penting, bisnes online ini boleh dibuat secara sambilan tanpa menjejaskan kerja utama.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 3 cara untuk anda mulakan bisnes online tanpa modal dengan mudah.

Berminat nak tau?

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis ya.

#1 Jadi Dropshipper

Anda boleh buat bisnes secara online tanpa modal kalau anda menjadi Dropshiper.

Konsep Dropship,  pembeli akan beli & buat bayaran harga pasaran pada anda.

Bila anda dah dapat bayaran daripada pembeli, anda perlu buat tempahan dan buat bayaran dengan harga agen/ dropship pula dengan pembekal dan pembekal tersebut yang akan hantarkan produk pada pelanggan anda.

Pembeli hanya akan berurusan dengan anda, dan tak akan tau siapa pembekal yang anda berurusan.

Dan paling best adalah anda akan dapat ‘untung bersih’ sebaik sahaja pelanggan buat bayaran (sebab anda bayar pembekal harga agen / dropship yang lebih murah berbanding harga pasaran).

Nak cuba buat bisnes dropship?  Boleh lihat panduan di link ni bisnes online tanpa modal >> Panduan Bagaimana Jana 4 Angka Seminggu Berniaga Di Shopee Secara Dropship Tanpa Modal <<

#2 Kongsi Ilmu

Selain daripada jadi dropshipper, anda juga boleh buat bisnes online dengan berkongsi ilmu yang melibatkan kepakaran dan kemahiran yang anda ada.

Contoh bisnes adalah seperti:

  • Jual eBook / video panduan

Untuk mulakan bisnes online seperti ini, anda tak perlu gunakan modal yang besar sebab semuanya boleh disediakan dengan kos yang rendah.

Anda hanya perlu kenalpasti apakah kepakaran dan kemahiran yang anda ada dan yang orang akan sanggup bayar untuk belajar dari anda.

Selepas itu anda perlulah cari dan yakinkan mereka untuk membeli panduan yang anda dah sediakan itu.

Nak cuba buat bisnes online dengan menjadi penulis?  Boleh lihat panduan di link ni bisnes online tanpa modal >> Panduan Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menjadi Penulis<<

#3 Buat Affiliate

Konsep affiliate adalah kita jual produk orang lain dengan hanya perlu promosi / war-warkan link yang diberikan khas untuk kita.

Bila orang buat belian menggunakan link tersebut, kita akan dapat komisen mengikut peratusan yang telah ditetapkan.

Ada banyak platform yang menyediakan peluang affiliate.

Pembeli biasanya tak akan tahu yang mereka telah membeli menggunakan link affiliate anda sebab tempahan dan bayaran semuanya dibuat terus di website penyedia platform affiliate yang kita gunakan.

Jadi kerja anda sangat mudah; hanya tarik trafik masuk ke link tersebut.

Ada banyak cara yang anda boleh guna untuk tarik trafik masuk ke link affiliate anda. Antaranya:

Share link di Facebook (boleh juga buat FB Ads)

1. Blast Whatsapp

2. Post di facebook personal/ group/ page dan Letak link affiliate anda

Komisen

Komisen untuk affiliate biasanya dibayar pada akhir bulan, ataupun bila jumlah komisen mencecah jumlah minima yang ditetapkan (bergantung pada penyedia affiliate).

Jadi kalau anda nak duit cepat, affiliate mungkin bukan pilihan yang tepat (pastikan anda baca segala Terms and Condition untuk tau bila anda akan terima bayaran).

Dari segi jumlah komisen pula, untuk affiliate produk fizikal biasanya dalam 5% ke 10%. Untuk produk digital biasanya 30-50%.

Macam Mana Nak Bermula?

Sekarang anda dah tau 3 cara untuk mulakan bisnes dengan mudah tanpa perlu keluar duit yang banyak.

Jadi pastikan anda mula bertindak sebab duit tidak akan datang bergolek begitu saja.

Kalau masih blur macam mana nak buat promosi secara online yang berkesan, saya ada 1 panduan yang saya berani rekemen untuk anda (boleh klik link di bawah untuk info lanjut):

  1. Panduan Database King – Strategi Dapatkan Ribuan Prospek Tanpa Iklan Berbayar

Saya berani rekemen kesemua panduan di atas sebab saya juga banyak belajar dari panduan-panduan di atas.

Tolong klik butang ‘Share’ untuk manfaat lebih ramai orang yang sedang mencari peluang buat bisnes online tanpa modal!

Kongsi artikel ini:

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tips Bisnes Online Percuma Ke Email Anda

Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter

Kongsi artikel ini:

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tips Kecantikan Percuma Ke Email Anda Setiap Minggu.