Tips Untuk Mulakan Bisnes Online

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter

Harini aku nak cerita bagaimana korang boleh mulakan bisnes paling senang, iaitu bisnes online.

bisnes online

1 . Tentukan Nawaitu

Step ni selalunya anak-anak muda lupakan. Iaitu niat sebenar-benar korang ceburi bidang ni. Apa niat korang? Saya nak tolong suami saya dapat duit extra, saya nak kumpul duit nak pergi bercuti, saya saje je cari duit lebih sebab masa saya banyak sangat.

Macam-macam niat korang boleh pasang, terpulang kepada diri masing-masing ye..

2. Produk

Dah ada niat, korang kena fikirkan produk atau servis. Yela kalau tak de produk atau servis, tetiba ada kedai, tapi kedai kosong, kan kelakar tu?

bisnes online

Nak pilih produk atau perkhidmatan apa untuk dijual itu terpulang kepada korang punya kemahiran dan minat. Ada orang cakap ikut kita punya hobi atau minat. Contoh, hobi buat kek, cuba cuba la jual kek. Hobi suka memancing, korang boleh jual pancing. Suka mekap? Jual la barang mekap. Kalau hobi suka tidur pon boleh, jual la bantal macam DAS Abdul tu. Semua hobi boleh kann..

Apabila kita bekerja atau buat bisnes seiring dengan hobi atau minat kita, kita akan lebih passionate dan bersemangat utk terus buat tanpa give up. betul tak? Contoh macam wani, bisnes online pertama dulu dropship baju baby. Disebabkan memang minat mendalam mampu bertahan lebih 3 tahun bisnes tu..

Kalau kita jual benda yang kita tak minat, contoh, tengok si polan tu bisnes simkad, bulan bulan dapat sales ratus ribu. Bila kita buat, tak dapat sales, kita akan mudah rasa putus asa. Sebulan kemudian buat bisnes menjahit pula. Tu pun sebab ikut orang, bukan sebab minat sendiri.

Erti kata lain, better buat benda yang kita minat.

3. Kenal Pasti Platform

Ok. Lepas dah decide produk atau servis, sekarang perlu kenal pasti platform mana anda nak guna. Ibaratnya, pilih senjata nak pergi berperang. Nak pakai parang ke, galah ke, senapang ke, keris.

Harini dah banyak gila platfrom yang free  boleh menjual.

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. Shopee
  5. Lazada
  6. Blog
  7. Whatsapp group
  8. Dan macam-macam lagi

bisnes online

4. Marketing

Lepas dah finalize platform mana korang nak guna, now boleh fikir strategi marketing.

Penting juga marketing ni, kalau tak ada marketing macam mana orang nak tahu kita jual produk kita tu? kan? Bukak kedai, lepas tu duk diam dalam kedai, bawah meja pulak tu, macam mana orang nak tahu yang kau dah bukak kedai dan jual barang apa?

Setiap platform jualan tadi tu, masing-masing ada step tersendiri untuk promosi. Kalau Facebook , ia ada iklan berbayar FB ads, group di FB. kalau instagram pun ada juga insta ads, twitter, telegram dan macam-macam lagi la.

Semua cara ni boleh belajar. Ada je mentor yang buat kelas untuk marketing. So, laburkan sikit duit untuk timba ilmu ya. Tanpa ilmu korang boleh terlanggar dinding.

Bisnes Online adalah satu medium yang paling cepat korang boleh sampai ke tempat lain. Dari rumah je, korang boleh jual macam-macam tanpa perlu ada kedai.

Ok lah. itu saja coretan wani hari ni. selamat maju jaya.

Kongsi artikel ini:

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tips Bisnes Online Percuma Ke Email Anda

Tips Untuk Mulakan Bisnes Online

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter

Kongsi artikel ini:

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tips Kecantikan Percuma Ke Email Anda Setiap Minggu.